eBook Percuma Khas Untuk Anda!

kedai-kereta-mewah-murah-cheap-used-car-recon-import-panduan-percuma
Dapatkan
segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.

Nama
Email
WhatsApp No

Email Marketing by
TrafficWave.net


Sila periksa email anda sekarang selepas mengisi borang di atas.

Terima kasih.

 


Artikel Mengenai Kereta Mewah Murah

 

Bisnes ‘Kencang’ Di Sebalik Kereta Mewah ‘Luput Usia’

JOHOR BAHRU: Kereta yang sudah berusia 10 tahun dianggap tidak selamat dan tidak layak dipandu di Singapura.

Dan, dengan cukai yang perlu dibayar selepas separuh jangka hayatnya, adalah sesuatu yang masuk akal untuk kereta-kereta yang sudah melepasi usia lima tahun dan dianggap ‘luput usia’ di jalan raya di negara itu diganti baharu.

Bagi orang perantaraan di Malaysia, itu adalah satu peluang keemasan.

Mereka yang bertindak sebagai orang tengah ini membeli kereta-kereta mewah tersebut pada nilai rendah di republik itu, membawanya ke Malaysia, menghasilkan dokumen palsu – dikatakan dengan bantuan pegawai yang mengambil suapan dan menjual kereta pada harga yang menarik perhatian pembeli di sini.

Terdapat pembeli Malaysia yang sanggup mengambil risiko membeli kereta mewah itu, kerana harganya masih jauh lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh penjual kereta berdaftar.

Kereta-kereta tersebut rata-ratanya berharga hampir 10 kali lebih rendah dari harga pasaran untuk model yang sama di Malaysia.

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mike berkata pembeli sanggup mengambil risiko membeli kereta itu walaupun mengetahui mereka boleh berdepan masalah berkaitan undang-undang.

“Ia lebih murah daripada membeli sebuah kereta terpakai di Malaysia. Kereta-kereta Singapura biasanya berusia lebih lima tahun dan ia masih dalam keadaan baik,” katanya.

Sebagai contoh, dia berkata kereta Mercedes-Benz terpakai yang berharga kira-kira RM80,000 di sini hanya berharga RM10,000 jika dibawa masuk secara haram dari negara itu.

“Kami berhubung dengan kenalan di Singapura dan pemandu akan dihantar ke sana untuk memandu keluar kereta, melalui dua pintu masuk, imigresen di republik itu dan juga di Johor Baru,” katanya.

Kemudian, terpulang kepada pembeli jika dia mahu membuat salinan nombor pendaftaran kereta sedia ada atau melakukan pendaftaran ‘di bawah meja’ dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walau bagaimanapun, kedua-duanya tetap mempunyai risiko tersendiri, dakwanya.

Mike berkata walaupun ‘pengklonan’ nombor pendaftaran dengan kereta lain adalah jauh lebih murah berbanding mendaftar kereta dengan JPJ, risikonya adalah lebih tinggi.

“Biasanya, mereka akan mencari model dan warna kereta yang seakan-akan sama, sebaik-baiknya dari negeri berbeza, sebelum membuat plat pendua. Dengan bantuan ‘dalaman’, penjual boleh mendapatkan cetakan salinan asal cukai jalan.

“Bagaimanapun, kereta itu tiada insurans yang sah. Jika JPJ menjalankan pemeriksaan terhadap nombor casis kenderaan, pemandu akan berdepan masalah,” katanya.

Bagi yang mendaftar dengan JPJ, dia berkata pembeli terpaksa membelanjakan kira-kira RM15,000 sebagai pengimport kereta berlesen supaya permit boleh dikeluarkan untuk mengimport kereta.

Pegawai JPJ kemudiannya boleh membantu mendaftar kereta tersebut dan mewujudkan geran baharu. Pelanggan juga diberi pilihan untuk mendaftar kereta di bawah nombor pendaftaran yang sedang berjalan atau nombor pilihan sendiri.

Pelanggan kemudiannya boleh memohon insurans dan dengan mudah memperbaharui cukai jalan setiap tahun.

Mike berkata jika pendaftaran diklon, pembeli perlu menunggu sehingga pemilik asal memperbaharui cukai jalan sebelum ia boleh dicetak semula.

Dia mendakwa menerima purata tiga hingga lima pelanggan setiap bulan, kebanyakan daripada mereka sanggup menghabiskan purata RM25,000 untuk pelbagai kereta mewah, terutama Mercedes-Benz dan BMW.

Seorang pemandu yang membawa masuk kereta luput usia dari Singapura ke Malaysia berkata beberapa kereta mewah boleh dijual pada harga sehingga RM40,000 bersama-sama dengan geran asal kenderaan.

Proses pengklonan sahaja menelan kos kira-kira RM5,000 ke RM6,000.

Beliau berkata pembeli boleh memilih untuk mengklon pendaftaran kereta Malaysia model atau buatan sama yang telah dimansuhkan atau dari kereta lain yang sedia ada di jalan raya.

Dia mendakwa terdapat juga cara-cara untuk mengubah nombor casis kereta bagi menjadikan ia sepadan dengan geran daripada kereta Malaysia yang dimansuhkan.

Tags / Kata Kunci:
kereta luput usia , kereta mewah , pengklonan , nombor pendaftaran

Sumber : Mstar

 

Kereta mewah pada harga rendah

PENJUALAN kereta lupus dari Singapura yang dibawa masuk ke Malaysia banyak dipasarkan menerusi laman Facebook dan media sosial lain.

Pelbagai jenis kereta ditawarkan termasuk jenama mewah seperti Mercedez, Audi dan BMW yang dijual pada harga rendah bermula dari RM7,000 sehingga RM25,000.

Jenama paling popular yang sudah semestinya menjadi kegilaan masyarakat adalah Honda. Namun, persoalan yang timbul bagaimana kereta tersebut dibawa masuk ke Malaysia untuk dijual, adakah wujud sindiket yang bertanggungjawab menjual kenderaan tersebut.

Bukan itu sahaja, sindiket itu turut berselindung di sebalik alasan untuk menjadikan kereta tersebut sebagai alat ganti.

Lebih menarik, selain harga murah sindiket itu juga menawarkan pakej sekali dengan pendaftaran dan cukai jalan yang dimaklum lebih awal sebagai cukai jalan klon.

Bagi menyiasat lebih lanjut, Wartawan Utusan Malaysia Sabtu menghubungi salah seorang sindiket yang menjalankan kegiatan penjualan kereta lupus.

Dengan menyamar sebagai pembeli, sindiket tersebut memaklumkan pembelian kereta hanya melalui tunai sahaja dan pembeli tidak dibenarkan melihat kereta kecuali menerusi gambar yang diberikan.

Bukan itu sahaja, untuk mengelak daripada kegiatan mereka mudah dikesan oleh pihak berkuasa, sindiket meminta pembeli memasukkan sejumlah wang deposit ke dalam akaunnya sebagai pengesahan pembelian.

Apabila pengesahan dibuat, bayaran selebihnya akan dilunaskan semasa mengambil kereta di tempat ditetapkan.

Sumber : Utusan Malaysia

 

Porsche Cayenne konon

WANITA berpisah dengan kekasihnya selepas mendapati lelaki itu bukannya memiliki Porsche Cayenne tetapi kereta murah buatan China yang menyerupai kenderaan mewah berkenaan.

Kisah wanita itu tular di media sosial di China baru-baru ini sehingga mendapat liputan media di negara berkenaan.

Wanita itu memberitahu, dia pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki kira-kira dua minggu lalu di satu parti.

Ketika mahu meninggalkan parti berkenaan lelaki itu menawarkan untuk menghantarnya pulang kerana rumah mereka terletak di daerah yang sama.

Wanita itu berkata, dia terkejut apabila mendapati lelaki itu memandu kereta Porsche Cayenne yang berharga kira-kira AS$220,000 (RM890,348) di China.

Katanya, dia mula tertarik dengan lelaki itu kerana dia memandu kereta mewah selain sikapnya yang kelihatan sangat merendah diri.

Menurut Portal ET Today, pasangan itu kemudiannya keluar bersama beberapa kali sebelum menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

“Pada waktu itu saya berfikir sangat jarang bertemu lelaki yang sangat merendah diri dan sejak itu saya jatuh hati dengannya,” katanya.

Namun ada sesuatu yang ganjil mengenai kekasih wanita itu kerana lelaki berkenaan tidak pernah membawanya makan di restoran mewah dan dia hanya memakai pakaian murah atau tiruan.

Bagaimanapun, rahsia lelaki berkenaan mula terbongkar apabila wanita itu yang bangga sering memuat naik gambar dan videonya bersama kereta mewah milik kekasihnya itu di laman sosial.

Ketika ramai yang mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana memiliki kekasih kaya, seorang rakannya pula mendedahkan “Kereta itu bukannya Porsche Cayenne!”.

Rakannya itu memberitahu, walaupun kereta itu memilik logo Porsche tetapi kenderaan itu sebenarnya adalah model Zotye SR9 buatan China yang meniru bentuk Porsche Cayenne tetapi dengan harga jauh lebih murah.

Kereta Zotye SR9 dijual pada harga kira-kira AS$18,000 (RM73,000) yang tidak layak dilabel kereta mewah.

Kerana marah wanita itu terus bertanya kepada kekasihnya yang akhirnya mengakui kereta miliknya adalah Zotye SR9 sebelum dia memutuskan untuk berpisah dengan lelaki itu.

 

Kereta mewah RM700

SEBERANG JAYA: Laris ibarat goreng pisang panas. Itu yang boleh digambarkan apabila 150 buku lelong berharga RM100 sempena Karnival Lelongan Awam Kenderaan Sita anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, habis pada hari pertama ia dijual.

Apakan tidak, kerana lelongan seumpama ini yang pertama kali dilakukan menawarkan pelbagai kenderaan mewah bernilai ratusan ribu ringgit seunit, namun dijual dengan harga bidaan bermula RM700 hingga RM13,000 pada 24 April ini.

Bagi penggemar kereta mewah, pelbagai model ditawarkan antaranya Audi, BMW, Mazda RX8, Honda Integra, Mini Cooper, Subaru Impreza dan Mercedes Benz yang dijual dengan harga lebih murah dan pasti akan membuatkan mereka rambang mata.

Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor berkata, sebanyak 100 daripada 303 kereta mewah tanpa pemilik yang sah itu disita pihaknya dan akan dilelong kepada orang ramai.

Beliau berkata, semua 100 kereta yang akan dilelong pada tarikh berkenaan sudah melalui proses mahkamah dan mendapat kelulusan untuk dilelong serta berada dalam keadaan baik.

“Semua 303 kenderaan ini tiada pemilik atau dalam erti kata lain ia dibawa masuk secara haram ke negara ini sebelum ditahan dan diambil tindakan oleh JPJ.

“Kenderaan ini adalah kereta import yang tidak berdaftar dengan JPJ dan diambil tindakan sejak 2016 hingga 2018,” katanya.

Mohamat Johari berkata, harga rizab tertinggi yang ditawarkan ialah RM13,000 bagi Toyota Estima dan terendah pula ialah RM700 bagi Nissan Sentra.

Katanya, semua kenderaan ini juga sudah didaftar semula dan mempunyai nombor pendaftaran masing-masing.

Menurutnya, memang ramai yang menyambut baik karnival ini sejak ia mula dihebahkan minggu lalu sehingga buku lelongan yang mengandungi spesifikasi kenderaan dan beberapa perkara lain berkaitan proses lelongan berharga RM100 habis dijual.

“Buku lelongan baru akan ditambah, kerana cetakan 150 naskah sebelum ini laris pada hari pertama ia dijual.

“Kita berharap orang ramai bersabar dan tidak mengikut emosi untuk menyertai program lelongan ini, kerana semua individu yang berminat boleh membeli buku lelongan itu kelak,” katanya.

Mohamat Johari berkata, orang ramai perlu membeli buku lelongan terlebih dulu dan tarikh pemeriksaan semua kereta ini ialah dari 5 hingga 23 April ini sebelum proses lelongan dilakukan pada 24 April.

Beliau berkata, pembida juga dinasihatkan membuat bayaran deposit RM1,000 bagi setiap kereta yang ingin dibida dan sekiranya kalah dalam bidaan wang itu akan dipulangkan.

“Orang ramai yang tidak menyelidik lebih lanjut beranggapan bahawa kereta dijual dengan harga rizab yang ditawarkan, namun sebenarnya ia boleh meningkat sehingga 100 peratus bergantung kepada biadaan.

“Mereka yang menang membida diminta untuk membuat bayaran 25 peratus daripada harga bidaan sebelum bakinya diselesaikan dalam masa tujuh hari selepas itu,” katanya.

~ hmetro

 

Summary
Kereta Mewah Murah Recon Dan Terpakai
User Rating
5 based on 1 votes
Service Type
Kereta Mewah Murah Recon Dan Terpakai
Provider Name
KeretaMewahMurah.Com,
Putrawalk Commercial Centre,Selangor,Malaysia-43300,
Telephone No.+60105439787
Area
Malaysia
Description
Panduan Mendapatkan Kereta Mewah Murah Recon Dan Terpakai

Facebook Comments