protonx50-x50-color-price-premium-protonx50-launch-car-suv-mpv-kereta-motokar-interior-stylish

Proton telah melancarkan satu model baru selepas X70, iatu X50 iaitu hasil kerjasama dengan Geely.  Model Proton terbaru ini menerima sambutan hangat selepas kejayaan model X70. Saksikan rangkuman berita mengenai pelancaran kereta Proton terbaru iaitu X50.

proton-booking-geely-x50-color-price-premium-protonx50-launch-car-suv-mpv-kereta-motokar-interior-stylish

Proton X50 ditawarkan bermula dari RM79,200

Kuala Lumpur: Proton Holdings Berhad secara rasmi melancarkan model kedua kenderaan utiliti sukan (SUV) syarikat itu melalui pengenalan model X50 hari ini yang ditawarkan pada harga bermula dari RM79,200.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sejak tempahan dibuka pada 16 September lalu sebanyak 20,000 unit sudah ditempah.

“Sambutan daripada rakyat Malaysia sangat menggalakkan. Ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku terutama sekali dalam tahun yang dipengaruhi faktor luaran,” katanya.

Model yang dipasang di kilang pemasangan Proton di Tanjung Malim, Perak itu dibina di atas platform platform BMA (B-Segment Modular Architecture) yang turut digunakan oleh produk Geely dan Volvo.

SUV dalam segmen-B ini juga menampilkan pelbagai ciri termaju di dalam segmennya yang ditawarkan melalui empat varian dengan dua pilihan enjin.

Tiga varian iaitu 1.5T Standard, 1.5T Executive dan 1.5T Premium dilengkapi enjin 1.5 liter pengecas turbo dan yang tertinggi dengan 1.5TGDi Flagship turbo.

Ia juga dipadankan dengan kotak gear transmisi dwi-klac 7 kelajuan (DCT), lampu hadapan LED dan kamera undur sebagai ciri standard.

Rim aloi 18 inci, kerusi balutan kulit dan dwi tona luaran serta Sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) juga ditawarkan pada varian tertinggi.

Ia turut dilengkapi Sistem Bantu Pemandu Termaju (ADAS) tahap 2.0 juga yang pertama dalam segmennya dengan ciri Bantu Parkir Auto (APA), Kawalan Pelayaran Pintar (ICC) melalui Kawalan Pelayaran Adiptif dengan ciri Stop & Go serta Amaran Pelepasan Lorong dan Bantu Kekal Lorong, Sistem Maklumat Titik Buta dan enam beg keselamatan SRS.

Proton X50 juga menerima tahap keselamatan lima bintang melalui Program Penilaian Kereta Baharu Asian (Asean NCAP) dan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula dari RM79,200 (1.5T Standard), RM84,800 (1.5T Executive), RM93,200 (1.5T Premium) dan RM103,300 (1.5 TGDi Flagship).

Ia turut didatangkan dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data 1GB sebulan untuk lima tahun, lima kali servis dengan kos buruh percuma (untuk 30,000 unit tempahan pertama sehingga 31 Disember 2020) dan kadar faedah daripada 2.22 peratus setahun.

Sumber : Harian Metro


proton-booking-x50-color-price-premium-protonx50-launch-car-suv-mpv-kereta-motokar-interior-stylish
Proton X50 dilancarkan secara rasmi, harga bermula RM79,200

KUALA LUMPUR: Kemuncak penantian rakyat Malaysia terhadap model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Proton X50 berakhir selepas dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd (PROTON), Proton Cars sebentar tadi.

Model yang ditawarkan dengan empat varian dan dikatakan bakal mencetuskan fenomena dalam segmen SUV tempatan itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200, sekali gus menepati jangkaan ramai pemerhati pasaran automotif selama ini.

Bagi varian Standard ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300.

Keempat-empat varian didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Bagi tiga varian pertama, setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Enjin Proton X50 dibangunkan bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) dan Volvo Cars.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.

Proton X50 turut menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP.

Model berkenaan juga didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz antara lapan hingga 10.25 inci mengikut varian dan boleh dihubungkan dengan internet menggunakan eSim.

Antara ciri baharu menarik lain yang ditawarkan ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara di telefon pintar mereka menggunakan aplikasi PROTON Link.

Sumber : Berita Harian


proton-x50-color-price-premium-protonx50-launch-car-suv-mpv-kereta-motokar-interior-stylish
Tempahan luar biasa Proton X50, tempoh menunggu sehingga 6 bulan?

KUALA LUMPUR: Proton X50 yang dilancarkan secara rasmi hari ini sudah menerima jumlah tempahan luar jangkaan iaitu lebih 20,000 unit selepas ia dibuka pada 16 September lalu.

Difahamkan, susulan jumlah tempahan luar biasa model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak pemasangan tempatan (CKD) itu, maka pelanggan dijangka terpaksa menunggu sehingga enam bulan.

Pada sesi prebiu kepada media di kilang Proton pertengahan bulan lalu, PROTON berkata jika tempahan diterima melebihi sasaran jualan 4,000 unit pada 2020, pengeluaran di kemudahan berkenaan boleh ditingkatkan sehingga 8,000 unit menjelang akhir tahun.

Susulan itu, penganalisis automotif berkata, kemungkinan tempoh menunggu sehingga enam bulan dianggap logik selepas mengambil kira angka lebih 20,000 unit setakat hari ini.

Kesimpulan itu belum lagi dinilai jika pelanggan memilih varian dan warna tertentu yang mendapat permintaan tinggi, seperti mana yang berlaku ke atas model lain, tidak hanya Proton.

Pada sesi prebiu media Proton X50 di Litar Antarabangsa Sepang bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, berkata pihaknya tidak menjangkakan sambutan ke atas model yang amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu sangat memberangsangkan berbanding barisan model lain keluaran PROTON.

“Ia sesuatu yang baharu kepada PROTON. Kebiasaannya pelanggan hanya mengesahkan tempahan apabila melihat model yang ingin dibeli dengan mata dan kepala sendiri. Namun, situasi yang dihadapi kami untuk Proton X50 amat berlainan.

“Pelanggan langsung tidak pernah melihat apatah lagi menyentuh model ini di pusat pengedaran Proton di seluruh negara tetapi membuat tempahan hanya berdasarkan laporan media dan gambar yang tersebar di media sosial.

“Apa yang boleh diperkata tentang model ini adalah sambutannya hebat yang mana kami tidak pernah jangka. Namun, saya memohon maaf kerana tidak boleh mendedahkan jumlah sebenar tempahan tetapi ia melebihi sasaran jualan (4,000 unit) menjelang akhir tahun ini,” katanya memetik laporan BH.

Jika benar tempoh menunggu sehingga enam bulan, maka ia bakal memberi banyak impak sama ada pelanggan membatalkan tempahan kerana tempoh untuk menerima kereta yang diingini terlalu lama atau mungkin pembeli ‘asli’ meneruskan niat walaupun sebahagian mereka tidak lagi layak menikmati pengecualian cukai jualan 100 peratus sekiranya kerajaan memutuskan insentif itu tidak dilanjutkan menjangkaui tarikh akhirnya 31 Disember ini.

Status kapasiti kemuncak barisan pengeluaran Proton X50 di Tanjong Malim tidak dapat dipastikan, namun sebelum ini, Roslan mendedahkan kilang pengeluaran berkenaan mampu mengeluarkan 8,000 unit Proton X50 menjelang akhir tahun.

Berdasarkan beberapa andaian, rakyat Malaysia memang menantikan Proton X50 yang mana mereka adalah ‘peminat sejati’, tetapi kita tidak boleh mempertikaikan andaian ada sebahagiannya mahu memanfaatkan ‘cuti cukai’ yang ditawarkan kerajaan.

Jika PROTON tidak mahu kehilangan tempahan yang sudah disahkan pelanggan, mereka perlu tampil dengan penjelasan sama ada mereka mampu mengendalikan jumlah tempahan yang dianggap mereka luar biasa dengan tempoh menunggu lebih singkat atau pelanggan perlu menunggu sehingga enam bulan untuk memandu Proton X50 milik mereka.

Andai kata, PROTON menyatakan kemampuan meningkatkan kapasiti pengeluaran lebih tinggi dari 8,000 unit tahun ini, namun pengeluar jenama kereta nasional itu perlu mengambil kira kemampuan vendor dari China atau tempatan sama ada boleh menyediakan komponen yang dikehendaki atau sebaliknya.

Ketika dihubungi BH, Roslan menjelaskan, PROTON bersama pembekal sedang berusaha memasang siap sebanyak kereta mungkin bagi memendekkan tempoh menunggu.

“Ada kemungkinan pelanggan perlu menunggu beberapa bulan tetapi kami berharap pelanggan akan memahami situasi yang dihadapi kerana kami juga tidak mahu berkompromi dalam menjaga kualiti Proton X50.

Beliau berkata, kapasiti pengeluaran di kilang Tanjong Malim akan ditingkatkan secara beransur-ansur, namun usaha sedemikian memerlukan kerjasama dari vendor dan ia tidak boleh dilaksanakan secara mengejut.

“PROTON akan tetap berusaha untuk memenuhi harapan pelanggan. Kami memahami perasaan mereka kerana ramai ingin membeli kereta pada akhir 2020 kerana mahu menerima faedah ‘cuti cukai’.

“Namun, saya boleh katakan ini adalah satu situasi yang unik bagi pasaran automotif negara. Oleh demikian, kami berharap pelanggan dapat bersabar kerana ini adalah satu situasi yang dihadapi oleh semua syarikat kereta di Malaysia dan bukan sahaja PROTON,” katanya.

Hari ini, PROTON menamatkan penantian cukup lama rakyat Malaysia dengan memperkenalkan Proton X50 secara maya menerusi Facebook rasminya, Proton Cars.

SUV kompak yang ditawarkan dengan empat varian dan dikatakan bakal mencetuskan fenomena dalam segmen SUV tempatan itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200, sekali gus menepati jangkaan ramai pemerhati pasaran automotif.

Bagi varian Standard ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300.

Sumber : Berita Harian


protonx50-booking-x50-color-price-premium-protonx50-launch-car-suv-mpv-kereta-motokar-interior-stylish

Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300

KUALA LUMPUR: Model Proton X50 yang sejak sekian lama menjadi perbincangan rakyat Malaysia akhirnya dilancarkan secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd (Proton), pada Selasa.

Syarikat pengeluar kereta tanah air itu mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 untuk varian paling asas.

Terdapat empat varian dalam segmen SUV itu dengan varian Standard ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300.

Menurut Proton, model itu didatangkan dengan beberapa pilihan warna iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Enjin yang dibangunkan Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd (Geely) dan Volvo Cars itu dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.

Proton X50 turut menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP.
Model berkenaan juga didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz antara lapan hingga 10.25 inci mengikut varian dan boleh dihubungkan dengan internet menggunakan eSim.

Antara ciri baharu menarik lain yang ditawarkan ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara di telefon pintar mereka menggunakan aplikasi PROTON Link.

Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300

Sumber : Astro Awani

Facebook Comments